Cara untuk aku nak hilangkan stress, adalah menulis. Sebab aku rasa, hanya aku sorang sahaja yang tahu macamana nak buat diri aku back to normal. Trust me guyz! nobody yang boleh ubah aku, hanya aku sorang sahaja. So apa sahaja yang aku rasa nak dan perlu ditulis, aku akan tulis. Even panjang mana sekali pun, aku akan terus menulis dan menulis. Tak kira lah, ianya sebuah cerita ataupun kata-kata yang boleh menaikkan semula semangat hidup aku.
Selalunya aku akan minta pendapat daripada member member aku, apabila aku selesai menulis. Sebab aku rasa lebih puas sekiranya ada orang membaca, dan memberi feedback kepada aku. Siapa yang faham apa yang aku tulis tu, maka fahamlah mereka, jika tidak, mereka hanya mampu tersenyum sahaja. HAHA.
Sebab aku memang suka kata kata yang full of metafora. Disebalik yang tersirat, ada yang tersurat, disebalik yang tersurat, ada yang tersirat. Sampai ada member aku, panggil aku A. Samad Said. Suka suka kau jer kan. HAHA. Tapi macam biasa, aku pedulik apa, aku tetap buat apa yang aku suka.
So dari situlah mulanya, aku minat dalam dunia penulisan nih. Sebab bagi aku, di dalam dunia penulisan ni, kita bebas untuk menulis apa sahaja. Kerana tiada batasan untuk kita tempoh, dalam apa jua tulisan yang ingin kita tuliskan.
( ;
No comments:
Post a Comment